..................

                               
Meh la kenal kenal dengan tuan punya blog ni (ceh, promote diri sendiri pulak) Tak kira, nak jugak perkenalkan diri walaupun korang tak nak kenal (over) Haha.. Nama aku simple je sesimple orang nye jugak iaitu Nurul Syafriqah binti jamein.. Korang boleh je gelar aku nurul ke, syafriqah ke, eyqa ke.. Ikut suka korang lah.. Tapi nama famous amous aku dekat family dan kawan-kawan rapat adalah eyqa.. Cikgu aku dulu panggil aku syafriqah, Kawan yang tak berapa nak rapt pulak panggil aku nurul.. Sekarang ni kat tempat kerja aku diorang semua panggil aku nurul.. Elok la tu.. Jangan panggil dengan nama yang bukan-bukan sudah lah.. Huhu..

Status aku sekarang adalah tunangan orang.. Wowowow, Tak sangka seawal umur 21 tahun aku sudah menjadi tunangan orang dan juga bakal menjadi isteri orang.. Huhu.. Aku tak letak limit pun umur berapa untuk jadi tunang orang dan umur berapa untuk mendirikan rumahtangga.. Bagi aku lagi cepat lagi bagus sebab mengelakkan daripada buat dosa yang melampau-lampau.. Sekarang ni pun ramai kawan sekolah yang sebaya aku dah kawen, yang dah ada anak pun ade.. Bahagiaaa je aku tengok diorang.. Anak comey lotey pulak tu.. Bestnyaa dapat anak waktu muda, nanti umurdah 40 tahun, anak tu dah mcm adik je.. haha.. Aku sangat lah jeeelessssss.. Nak kawen jugak.. Hehehehee..

Kerjaya aku hanyalah sebagai seorang lab science asisstant di SMK Suria Perdana.. Korang tahu tak kat mana? Kalau tak tahu pegi google.. Tak kuasa aku nak terangkan satu-satu.. Hehehe.. Alhamdulillah, dah setahun dua bulan aku bekerja dalam sektor government ni.. So far okay sangat keje ni.. Memang sesuai la dengan jiwa aku yang sangat minat dengan sains.. Korang jangan tak tahu, SPM dulu sains aku dapat A+ tau (tetiba je, hahaha, tapi itu lah kenyataanya) First posting aku di tempat kan di SMK Yong Peng.. Tak lama pun aku dekat sana, cuma 6 bulan je.. Pastu kebetulan ade sekolah baru nak bukak dekat area yang berdekatan dengan tempat tinggal, aku pun mohon tukar ke sana sebab perjalanan dari rumah aku ke yongpeng mengambil masa satu jam.. Terlalu jauh sangat.. Aku pun tak mengharap sangat la kalau dapat tukar ke tak, mohon punya mohon akhirnya aku berjaya dalam permohonan tu.. Akhir tahun lepas aku sudah pun berkhidmat di sekolah baru ni.. Seronokkk sangat sebab dah dekat sikit dengan rumah.. Segala-galanya save, duit minyak, duit makan and etc.. Hehe.. Tapi di sekolah baru ni aku bermula dari zerooo.. Maklum la, nama pun sekolah baru kan, banyak lagi benda yang aku kena belajar dari senior aku.. Bukan senang jadi assistant lab ni, banyak benda yang korang kena pikir.. Nak-nak pulak bila cikgu nya buat eksperimen tapi tak menjadi, kita pulak yang kena pikirkan kenapa eksperimen tu tak menjadi.. Haaaihhhhhh.. Tapi memang itu kerja kita, nak buat macam mana kan, redhaaaaa.. hehe..

No comments:

Post a Comment