Saturday, 21 March 2015

Pengalaman bersalin anak sulung

Cukup setahun tak update blog sbb malas..
Tiba tiba datang kerajinan harini nk update..
Alhamdulillah tahun 2015 ni, membawa sinar dlm hidup me and husband dgn kelahiran cahaya mata yg pertama dan jgk cucu sulung utk keluarga sebelah suamiku serta keluargaku..
Syukur ya Allah atas rezeki yg tak ternilai ini..
Alang alang tengah rajin ni meh aku nak cerita saat saat nak melahirkan anak sulung aku..
Sepatutnya due bersalin aku 2.2.2015..
Tapi aku dah bersalin awal dua minggu..
Baby tak sabar nak tengok dunia..
Tapi org tua dulu kata biasanya kalau anak sulung ni dia akan keluar awal dari tarikh due atau pn terlebih dr tarikh due..
Tak kan sama dgn edd yg nurse bg tu..
Kalau bersalin ikut edd tu kira bonus la tu.. Huhu..
Meh aku senarai kan kronologi saat saat nk melahirkan..
17.1.2015
Aku pegi rumah mak mertua..
Suami kerja, dia tak nak tinggal aku sorang sorang kat rumah sewa..
Memandangkan kandungan aku dah 37minggu..
Malam tu aku demam..
Sakit seluruh tubuh badan ni..
Mengigil tak ingat dunia..
Lepas berapa jam mengigil, panas pulak sampai berpeluh peluh..
Selera mkn pun takda..
Tapi aku gagahkan jugak makan nasi..
Kesian kat baby..
Tapi lepas mkn muntah balik..
Air sejuk mmg tak pernah miss sepanjang aku mengandung..
Walaupun dlm keadaan demam..
Aku cuma makan panadol yg doktor bagi minggu lepas nya utk kebahkan demam..
Minggu lepas pn aku demam tapi sekejap je..
So ada balance panadol, aku mkn je la..
Tak larat dah nak pegi klinik lagi..
Suami aku jgn cakap la, macam macam dia belikan utk kebahkan demam aku ni..
18.1.2015
Masih lagi demam..
Pinggang aku sebelah kanan sakit tak terkata..
Suami ajak pegi klinik..
Aku kata nak pegi klinik swasta..
Tak nak kerajaan..
Aku yakin kalau pegi klinik kerajaan confirm kena tahan wad..
Sebab aku ada history kencing kotor during pregnent sampai kena admit wad waktu kandungan 6 bulan..
Fobiaa rasanya masuk wad lagi, hari hari kena amik darah..
Pegi klinik doktor buat urine test..
Confirm kencing kotor aku datang lagi..
Then doktor bagi ubat utk lawas kan kencing, ubat demam segala..
Balik rumah aku makan ubat..
Lepas makan ubat aku tido..
Bangun dari tido rasa dah sihat..
Tiba tiba pulak teringin nak makan secret recipe..
Gagah drive pegi secret recipe sorang sorang..
Suami kerja.. Uhuhuhu.. 
19.01.2015
Aku demam lagi..
Terpaksa amik mc..
Mak mertua aku belikan cool fever..
Pakai cool fever rasa lega sikit..
Tengah hari pegi klinik yg semalam aku pegi..
Dia cek lagi dan dia bagi surat untuk aku refer pada hospital kerajaan memandangkan aku pregnent dia tak berani nak bagi ubat yang kuat untuk lawan kuman yang menyerang kencing kotor aku ni..
Tapiii..........
Aku tak pergi pun hospital..
Aku ajak suami aku pergi buat urutan refleksologi..
Gila tak? Gila kan..
Lepas buat urutan tu aku rasa lega sikit..
Yang urut aku orang kurang upaya..
Mulut dia tak henti henti doa aku supaya cepat bersalin dan di permudahkan..
Malam tu aku balik sungai petani sebab esok aku kerja..
20.01.2015
Hari ni aku ada check up antenatal..
Tapi biasanya aku pegi pukul 2 petang lepas rehat..
Pagi tu aku kerja macam biasa..
Alhamdulillah dah tak demam..
Dekat tempat kerja aku siap tolak almari..
Saja gatal gatal nak ubah kedudukan almari..
Petangnya aku pergi klinik dgn suami..
Nurse tanya ada tanda nak bersalin tak..
Aku kata tak ada sebab memang tak ada tanda tanda nak bersalin..
Petang tu bapak mertua telefon suami nak jumpa lepas magrib..
Masa nak pergi tu tiba tiba aku rasa sakit perut sangat.. 
Sampai tak boleh nak bergerak..
Suami aku ajak pegi hospital..
Aku kata nanti dulu..
Hilang sakit aku pun pegi kedai makan berdekatan dengan rumah sewa sebab family mertua semua dah tunggu kat situ..
Balik dari makan sakit tu datang lagi tapi tak sesakit tadi..
Aku pegi toilet nak buang air..
Keluar lendir + darah sikit..
Cerita dekat suami, dia ajak pegi hospital..
Aku kata kalau tgh malam sakit baru pegi hospital..
Pukul 10 malam aku tidur..
Suami pesan kalau ada apa apa kejut dia..
Tersedar, tgk jam pukul 11 mlm..
Rasa nak buang air, tapi boleh tahan lagi sbb malas nak bgn pegi toilet..
Sambung tidur lagi..

21.01.2015
Pukul 1pagi tersedar lagi sbb rasa dah tak tahan nak buang air..
Baru nak bangun pegi buang air tiba tiba aku rasa bunyi 'plup' dekat bahagian bawah di ikuti keluar air yg banyak..
Aku syak itu air ketuban..
Kejut suami bagitau air ketuban dah pecah..
Secepat mungkin suami ajak pegi hospital..
Sampai hospital register.. 
Buat ctg, lebih kurang 20minit doktor dtg cek bukaan..
Bukaan dah 4cm..
Doktor suruh salin baju then masuk labour room..
Aku keluar kejap jumpa suami..
Suami beli air milo utk aku minum..
Lebih kurang pukul 3.30 pagi nurse panggil masuk labour room..
Nurse tanya ada rasa sakit tak..
Aku kata takda..
Around pukul 4pagi nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung..
Tak lama doktor pulak datang nak masuk ubat lalu drip..
Untuk cepatkan rasa contraction..
Selang satu jam nurse dtg pantau ctg..
Pukul 6.30 aku dah start rasa contraction..
Makin lama contraction makin kuat..
Tuhan je tahu rasa sakit nya macam mana..
Aku terasa nak teran tapi nurse tak bagi teran sebab belum bukak 10cm..
Tapi aku teran jugak sebab aku rasa baby dah nak keluar sgt..
Air ketuban banyak keluar..
Dalam pukul 8.30 pagi doktor cek bukaan baru 7cm..
Cek ctg pun dah tak okey..
Baby hampir lemas..
So doktor decide kena operation..
Aku berserah je asalkan anak dalam kandungan aku selamat..
Sebelum masuk bilik bedah dpt jumpa suami..
Suami tak henti bagi semangat..
Lepas kena bius, hilang segala kesakitan yang aku rasa dan bermula la operasi bedah membedah..
Tak lama lepas tu aku dgr suara baby nangis..
Nurse bawa baby dekat aku dan tunjuk jantina anak aku..
Subhanallah, mengalir air mata, gembira tak terkata..
Selesai bedah aku di tempatkan di wad pemerhatian selama 1 jam..
Aku admited wad dalam pukul 12 tengahari..
Dan akhir sekali bermula la sesi berpantang..

Puteri sulung ku, Adra Nur Medina binti Mohd Syaidatul Ikhwan..