Wednesday, 3 July 2013

Engagement Day

Hai korang.. 27 Mei 2013, aku telah selamat menjadi tunangan orang.. Itu bermaksud separuh jiwa aku sudah menjadi milik orang.. huhu.. Alhamdulillah, percintaan kami selama 2 tahun 5 bulan dimulakan dgn merisik dan bertunang untuk kami ke arah hubungan yang halal iaitu perkahwinan.. Segala dugaan dan cabaran semasa bercinta telah pun kami hadapi.. Kata orang dugaan semasa bertunang lagi hebat daripada bercinta.. Tapi sebenarnya depend pada perangai masing-masing..

Sebenarnya kami merancang untuk bertunang selepas raya.. Tapi mungkin perancangan Allah itu lebih indah.. Tiba-tiba je Hubby call aku then kata yang mak ayah dia nak masuk meminang.. Masa tu keadaan kelam kabut sangat.. Kau bayangkan lah, dah la masa dia telefon tu aku dekat singapore tengah bersuka ria di USS.. Masa tu aku cuma ada masa 2 hari saja untuk prepare majlis tunang aku.. Mak ayah aku lagi la terkejut, tapi muke redha je.. huhu.. Nasib la ade makcik dengan sepupu yang baik hati tolong buatkan hantaran.. Hantaran pun cincai-cincai je diorang buat.. Janji ado.. huhu.. Nak kemas bilik pun dah tak sempat.. Maka nya terpaksa la aku upah mak andam untuk buatkan pelamin dan makeup skali dgn sewa baju.. Tapi Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. Malamnya pulak terus ade kan kenduri doa selamat dan kenduri arwah.. Mari la kita tengok gambar pulak ye..









Okay, ini saja entri yang sempat di update untuk hari ni.. daaaa...