Wednesday, 3 July 2013

Engagement Day

Hai korang.. 27 Mei 2013, aku telah selamat menjadi tunangan orang.. Itu bermaksud separuh jiwa aku sudah menjadi milik orang.. huhu.. Alhamdulillah, percintaan kami selama 2 tahun 5 bulan dimulakan dgn merisik dan bertunang untuk kami ke arah hubungan yang halal iaitu perkahwinan.. Segala dugaan dan cabaran semasa bercinta telah pun kami hadapi.. Kata orang dugaan semasa bertunang lagi hebat daripada bercinta.. Tapi sebenarnya depend pada perangai masing-masing..

Sebenarnya kami merancang untuk bertunang selepas raya.. Tapi mungkin perancangan Allah itu lebih indah.. Tiba-tiba je Hubby call aku then kata yang mak ayah dia nak masuk meminang.. Masa tu keadaan kelam kabut sangat.. Kau bayangkan lah, dah la masa dia telefon tu aku dekat singapore tengah bersuka ria di USS.. Masa tu aku cuma ada masa 2 hari saja untuk prepare majlis tunang aku.. Mak ayah aku lagi la terkejut, tapi muke redha je.. huhu.. Nasib la ade makcik dengan sepupu yang baik hati tolong buatkan hantaran.. Hantaran pun cincai-cincai je diorang buat.. Janji ado.. huhu.. Nak kemas bilik pun dah tak sempat.. Maka nya terpaksa la aku upah mak andam untuk buatkan pelamin dan makeup skali dgn sewa baju.. Tapi Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. Malamnya pulak terus ade kan kenduri doa selamat dan kenduri arwah.. Mari la kita tengok gambar pulak ye..









Okay, ini saja entri yang sempat di update untuk hari ni.. daaaa...

Monday, 17 June 2013

Kembali lagi


Assalamualaikum semua.. yeayyyyy! eh, kenapa suka sangat ni.. haha.. Actually, aku suka ni sbb aku dpt blogging semula.. Sebelum ni kan blog ni aku deactivekan sebab malas nak update.. Aku malas nak update sebab lappy aku terjatuh then screen nye retak seribu.. Nak update pakai handset sangat-sangat tak memuaskan.. Aku tak suka.. So, bila fikir-fikir balik aku decide untuk deactivekan saja blog ni.. SobSobSob.. But today after timbul kesedaran bahawa aku dgn blog tak boleh di pisahkan, maka harini aku berjaya active kan semula blog ni dan update first entry untuk blog ni dgn hasil pemberian laptop baru daripada tunang.. hehehe.. Opss! Tunang? yup, kali ini aku kembali sebagai blogger dengan status yang baru.. okay, nanti aku update entri pasal my engagement day..

So, wassap korang? Sihat semuanya? Harap sihat sentiasa la ye.. Yang agak-agak tak sihat tu cepat-cepat la pergi ke klinik, jangan di biarkan nanti melarat pulak.. Actually banyak benda yang aku nak share kan kat sini.. Lama dah aku tak jelajah blog korang kan.. Tak pe, harini aku rasa macam tak banyak kerja, kalau aku sempat nanti aku nak jelajah blog korang ye.. Jaga-jaga ada yang memerhati.. hehehe..